Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat
Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat

Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat

Pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19) yang sedang berlaku, penyakit berjangkit baru yang disebabkan oleh koronavirus sindrom pernafasan akut yang teruk 2 (SARS-CoV-2), merebak ke Amerika Syarikat (AS) pada Januari 2020. Kes telah berlaku di semua lima puluh negeri AS, Daerah Columbia, dan semua wilayah AS yang didiami kecuali Samoa Amerika.[5] Semua lima puluh negeri telah menerima pernyataan bencana dari kerajaan persekutuan.[6] Sehingga 21 April, kadar kematian AS ialah 129 per juta penduduk dan ke-10 tertinggi dalam hubungannya dengan negara lain yang melaporkan.[7] Pada 28 April, kes disahkan di AS telah mencecah angka satu juta kes dengan jumlah kematian yang dikatakan melebihi jumlah kematian akibat Perang Vietnam.[8]Kes COVID-19 pertama diketahui di AS disahkan pada 20 Januari 2020, iaitu seorang wanita berusia 35 tahun yang telah kembali dari Wuhan, China, lima hari sebelumnya.[2] Pada 29 Januari, Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih ditubuhkan.[9] Dua hari kemudian, pentadbiran Trump mengisytiharkan darurat kesihatan awam dan mengumumkan larangan kebanyakan warganegara asing datang dari China.[10][11] Pada 26 Februari, seseorang yang "tidak terdedah kepada virus melalui perjalanan atau hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti diketahui" disahkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).[12] Namun begitu, tindakan AS dalam menanangi pandemik pada peringkat awal disifatkan sebagai perlahan,[13] dan Trump dikatakan optimis dengan kawalan pandemik, menyatakan bahawa pandemik COVID-19 di AS adalah terkawal.[14] Sebuah darurat kebangsaan telah diisytiharkan oleh Trump pada 13 Mac.

Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat

Tarikh ketibaan 15 Januari 2020[2]
(1 tahun, 7 bulan, 3 minggu dan 1 hari)
Kematian 80,820 (CDC, termasuk kematian mungkin)[4]
Penyakit COVID-19
Baka virus SARS-CoV-2
Lokasi Amerika Syarikat
Asal wabak Wuhan, Hubei, China[1]
Kes yang disahkan 1,342,594 (CDC, termasuk kes mungkin)
1,369,574 (JHU, termasuk kes mungkin)
Sembuh 230,287 (JHU)[3]

Rujukan

WikiPedia: Pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/32004427 //www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC7092802 //doi.org/10.1056%2FNEJMoa2001191 https://apnews.com/6a8f85aad99607f313cca6ab1398e04... https://www.arcgis.com/apps/opsdashboard/index.htm... https://www.cnbc.com/2020/04/11/every-state-in-the... https://www.cnn.com/2020/04/28/health/us-coronavir... https://www.guampdn.com/story/news/local/2020/03/2... https://www.nytimes.com/article/what-is-coronaviru... https://www.sacbee.com/news/california/article2406...